Permata Luahanku

...ke mana arah dituju, ia bermula dengan usaha yg teguh dan kepercayaan yang tinggi setinggi bintang di langit yang mencerah di waktu malam yang gelap gelita...

Avenueimtiyaz's followers

Wednesday, February 23, 2011

Mati itu Pasti, Hidup itu InsyaAllah

Assalamualaikum,

Hari ini aku menerima satu berita kematian abang atuk aku. Petang tadi telah ke rahmatullah dan melepaskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur. Al-Fatihah kepada arwah. Alhamdulillah selamat dikembalikan di kampung halaman di Johor. Agak terkejut aku menerima berita ini. Terkilan juga kerana tidak dapat melawat arwah di hospital yang pastinya bersebelahan dengan kampus ku menimba ilmu. Ajal maut, jodoh itu semua kuasa Allah. Sudah pasti keluarga arwah amat sedih dengan pemergiannya. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati.




MATI. Sudah bersediakah anda untuk mati? Sudah tentu ramai yang menjawab TIDAK. Kerana apa? Kerana diri ini banyak dosa yang sudah dilakukan dan kurang amalan yang dilakukan. Tetapi tarikh kematian kita semua hanya Allah sahaja yang mengetahui. Cuba bayangkan jika kita semua sudah tahu bila kita akan mati. Sudah tentu ramai akan membuat amal kebaikan dan tidak sekalipun membuat dosa. Kerana kita nak masuk syurga bila mati nanti dan amalan kita cukup bila ditimbang di Padang Mahsyar nanti. Jadi Allah itu Maha Adil. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya.


Di sini aku nak kongsi pengalaman semasa aku mengikuti KEM IBADAH semasa di Tingkatan 4. Masih ingat lagi selepas meredah hutan di watu malam gelap gelita sendirian (night walk), aku dan sahabatku yang lain disuruh baring dan sesiapa yang ada asma menolong untuk membungkus kami dengan kain putih setiap seorang. Huhu. Seram sangat pada waktu itu. Tetapi aku dan sahabatku yang lain merelakan. Di dalam kepenatan kami tertidur seketika. Ruang tempat itu gelap apabila ditutup lampu. TIBA-TIBA aku terkejut kerana seperti air direnjis ke mukaku yang memang diselaputi kain putih. Rupa-rupanya ia adalah kapur barus untuk orang mati. Baunya sangat kuat dan boleh membuatku sesak nafas seketika. Kami semua menjadi MAYAT HIDUP yang dibungkus dengan kain putih. Dan pada kektika itu aku mendengar bunyi bising seperti orang melibas rotan yang tebal dan melibas di meja. SIAPAKAH TUHANMU?!! Rotan itu melibas lagi dengan kuat. SALAH!!. kami telah menangis dan menjerit memanggil nama kedua ibubapa. IBU, AYAH!! isk..isk..huhuuu..TOLONG!! bayangkan tiada siapa yang boleh menolong kita di kubur kelak kecuali amalan kita di dunia ini. Ada seorang sahabat aku yang terpilih dibawa ke lubang yang digali seperti kubur. Sahabatku itu sangat takut dan menangis. Seorang facilitator melaungkan azan dengan sayu. Aku dan sahabat yang lain mendengar dengan insaf sekali. Pengalaman itu sangat berharga buat aku dan sahabatku yang lain. Program itu sangat lain daripada yang lain. Ia memberi kesedaran yang besar bagi aku.


Kita tidak selamaya hidup di dunia yang fana' ini. Suatu hari nanti kita akan mati juga akhirnya. Itulah kitaran hidup setiap hamba Allah. Pangkat dan harta kekayaan hanya sementara sahaja dan tidak boleh dibawa sampai ke mati. Hanya amalan di dunia sahaja menjadi penolong dan penyelamat kita di dalam kubur yang gelap gelita.

Takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di samping orang-orang yang soleh. Juga Al-Fatihah kepada arwah adikku Muhammad Taufiq Bin Abdullah. Sudah 5 tahun adek topik meninggalkan aku sekeluarga. Rindu padamu, adek. Semoga roh seluruh umat Islam berada di samping orang-orang yang soleh. Amin Ya Allah.





Sampai di sini sahaja coretanku Avenueimtiyaz...Semoga aku diberikan ilham untuk menulis di blog kesayanganku ini. Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.. ^_^ 

No comments:

Post a Comment