Permata Luahanku

...ke mana arah dituju, ia bermula dengan usaha yg teguh dan kepercayaan yang tinggi setinggi bintang di langit yang mencerah di waktu malam yang gelap gelita...

Avenueimtiyaz's followers

Sunday, February 20, 2011

Berbuat baik dibalas baik n_n

Assalamualaikum,

Beberapa minggu yang lepas, aku mengikuti program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Dungun, Terengganu. Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi. First time pergi negeri pantai timur wajiblah ke pantai dan makan 'kepok' (keropok lekor).

Inilah kami yang ceria...

Tapi yang paling seronok belajar bahasa Terengganu. Hehe... Contoh : Manis lenting..Haha..Lawak sangat but that was the most fun I gone through with my family angkat. Jutaan terima kasih kepada keluarga Safiee kerana menumpangkan aku di rumah mereka. Perabih beras diorang je aku ni. Hehe. Tapi aku dapat belajar cara masakan orang Terengganu dan menu diorang. Contoh nasi lemak dengan sambal. Sambal biasanya kite guna sambal kerang, sambal sotong tapi diorang punye sambal kari ikan. Pelik sikit bagi aku yang bukan orang Terengganu. Lagi satu, masakan "singgang". I wonder how its look like? Rupe-rupenye sama sahaja dengan cara masakan yang mak aku selalu masak. Tapi kuah warna kuning mak aku lagi pekat berbanding singgang. Bila rase lauk singgang, sedap sangat. Kuah dia la sedap. Ikan pula panggil 'ikan aye' atau orang lain panggil ikan tongkol. Beza bukan? Itulah istimewanya pengalaman aku di sana. Tidak sia-sia aku ke sana walaupun sebelum itu aku sangat malas nak pergi. Not bad. Layanan family angkat sangatlah baik.


Pantai Dungun..time ni ombak besar sagat...


Terus terang i miss them so much. Satu hari nanti akan pergi Terengganu lagi InsyaAllah kalu ada rezeki.



Mi ngan adek tengah seronok kutip kulit kerang..Hehe..Nakal diorang ni..

Terima kasih banyak. kak yong, achik, ateh, enah, abang (mi), ngan adek sebab selalu buat aku gembira kat sana. Kepada nyoh, sayang sekali tidak dapat berjumpa, mungkin di lain masa kta berjumpa ye :)Silaturrahim kita tidak berhenti di Dungun sahaja. Semoga silaturrahim kita berkekalan >_< itulah yang aku harapkan. Kepada ibu angkat dan ayah angkat, terima kasih kerana menjaga aku semasa aku di sana. Jasa kalian tidak akan kulupakan.

Di kedai makan..sempat ambil gambar..hehe..Kenangan dengan Chik..


Sampai di sini madahku di avenueimtiyaz.blogspot.
Jumpa lagi post yang menarik daripadaku akan datang.
Assalamualaikum..=)