Permata Luahanku

...ke mana arah dituju, ia bermula dengan usaha yg teguh dan kepercayaan yang tinggi setinggi bintang di langit yang mencerah di waktu malam yang gelap gelita...

Avenueimtiyaz's followers

Wednesday, December 7, 2011

~ Sampaikan Aku Pada Dia ~



Assalamualaikum wbt :)

Semoga hari ini merupakan hari yang lebih baik daripada hari semalam...

Alhamdulillah..semalam Imti telah menghadiri 1 lagi program bertemakan 'Muhasabah Cinta' iaitu 'Sampaikan Aku Pada Dia' anjuran PERSIAP...



Bannyak ilmu yang Imti dapat daripada ceramah ini dan juga ceramah-ceramah sebelumnya. 

Apa tu? Tajuk macam jiwang je kan??

Cinta? Apa itu cinta? Cinta itu terlalu susah nak jawab guna MCQ..mesti ada huraiannya...Mesti ada konsep dan berbagai... Fatimah Syarha (penulis novel Islamik Tautan Hati) menjelaskan cinta merujuk kepada kata-kata Ibn Qayyim Al-Jauziyah. 

InsyaAllah, Imti beri sedikit isi daripada ceramah ini. Walaupun Imti ada jugak terlupa sedikit, tapi Imti akan cuba bagi isi..kalau ada yang tersalah dan tak ingat Imti minta maaf ye.. ^^

1) Cinta dalam 3 keadaan menurut Ibn Qayyim Al-Jauziyah iaitu cinta ibarat singa dan pedang, cinta ibarat arak yang memabukkan.

2)Terdapat 10 istilah cinta iaitu Al-Alaqah (cinta mesti ada hubungan dengan si dia), 

Al-Hawa (cinta perlu dizahirkan dengan keinginan perhubungan seks)

As-Sabwah (cinta rindu dendam/kebodohan - biasanya orang L)

At-Tattayyum (cinta yang menghambakan diri)

Al-Isyqu' (cinta yang mengasyikkan)

Al-Junun (cinta sehingga menjadi kegilaan)

(selebihnya Ustazah tak sebut)

2) 3 konsep cinta menurut Ibn Qayyim Al-Jauziyyah
-Cinta kepada Allah
-Cinta kerana Allah (manusia)
-Cinta bersama Allah

Begitulah sedikit kupasan teori daripada Ustazah..TAPI kalu dengar sendiri ceramah memang seronok..Alhamdulillah..

Satu ayat yang cukup memberi makna pada Imti semasa forum itu oleh Panel Saudara Zaidi (Mahasiswa Akhir UKMKL) iaitu

" Berjalanlah di pelosok sudut bumi ini..Carilah mutiara ilmu ytang ditinggalkan...Persiapkanlah diri dengan ilmu" 

Bagi Imti, ayat ni memberi semangat dan azam yang tinggai pada Imti..untuk terus berusaha mencari mutiara ilmu di setiap pelosok di sudut bumu ini..Ingat tak, Imti ada post mengenai LAWATAN KE BEIJING,CHINA..Alhamdulillah..itulah tujuan Imti nak ke negara orang kerana Allah, belajar cara hidup dan budaya orang yang tak sama dengan cara hidup orang di negara Imti...Imti harap..selepas ini...Imti akan ke negara yang lebih suci dan InsyaAllah nak menunaikan Rukun Islam ke-5...Doakan Imti ye...

Apa itu cinta bagi Imti??

Pendapat Imti..cinta itu luas maknanya..cinta itu berkait dengan kasih sayang, suka, kasihan, bahagia...Cinta itu sangat indah dan sangat mengerikan.

Kenapa indah?

Indah bila cinta itu hanya kepada Tuhan yang Satu (Allah Yang Satu). 
Indah bila cinta sesama manusia kerana Allah Yang Satu..

Kenapa mengerikan?

Mengerikan kerana cinta itu tidak kepada Allah Yang Satu. (Nauzubillah)
Mengerikan bila cinta sesama manusia itu bukan kerana Allah. (Cinta kerana HARTA)


Cinta itu kepada siapa?
Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasul dan Nabi
Cinta kepada Mak dan Abah
Cinta kepada Adik2, saudara mara..
Cinta kepada kekasih ( suami )



Imti harap..Imti harap akan dipertemukan jodoh yang soleh, baik dari segi agama dan akhlaknya...Imti harap cinta Imti pada suami kerana Allah akan berkekalan sehingga ke syurga,,Begitu juga Imti doakan pada sahabat-sahabat Imti yang lain. Kalian, Imti doakan mendapat suami yang soleh (pilih Agama dan Akhlaknya yang baik)..TAPI SEBELUM TU..

1) Perbaiki diri menjadi wanita yang solehah
2) Cari ilmu sebanyak yang boleh dan habiskan belajar 
Bukan apa..Imti tahu, tipu kalu kita takde perasaan 'suka' pada seseorang. Biasalah, kita muda mudi remaja..tapi kita kene perlu kembali kepada alam nyata..Muhasabah diri..Ingatkan diri kita..Capaikan dahulu apa yang perlu dicapai..masa masih panjang..InsyaAllah..masa itu akan tiba juga apabila kita sudah bersedia...
Itu sahaja coretan Imti pada kali ini..
Salam jumpa lagi^^
Assalamualaikum
(Avenueimtiyaz)

p/s: sedap suara Kak Fatimah Syarha...cam nak nangis bila beliau berkata-kata T_T