Permata Luahanku

...ke mana arah dituju, ia bermula dengan usaha yg teguh dan kepercayaan yang tinggi setinggi bintang di langit yang mencerah di waktu malam yang gelap gelita...

Avenueimtiyaz's followers

Tuesday, April 26, 2011

:: tamatlah sudah ::

Assalamualaikum,




Apa khabar? Harap2 sihat hendaknya...  
Avenueimtiyaz sudah lama tidak update Colours of Life Avenueimtiyaz...tapi ade juga membuka blog kerana ingin mengetahui post rakan bloggers yang terbaru...




Setelah 4 minggu bergelumang dengan buku-buku dan final exam...


Alhamdulillah...


Tamatlah sudah final exam pada 26 April 2011 bagi Tahun ini...^^..

Hu?! Ku dah nak masuk tahun baru dan sem baru?? Cepat betul masa berlalu kan??

EPIDEMIOLOGI
PATOLOGI
PENG. MAKMAL
BIOKIMIA KLINIKAL
VIROLOGI DAN MIKOLOGI
ENTOMOLOGI

semuanya subjek ku hadapi dengan berbagai-bagai perasaan...
Perasaan takut, cuak, dan gemuruh..dan jugak TENSION....






Takut2 pun kene jawab jugak..Huhu...

Dah habis exam ni...usaha yang ade adalah
DOA & TAWAKAL

Ku harap ape yang diusahakan menjadikan resultku semakin meningkat dan terus meningkat mengikut target yang diharapkan...Ku harap dan ku doa supaya doaku termakbul..Amin...

Sesungguhnya Allah memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang DIA mahu... 

Ayat ni memang menyedapkan hati aku...Rezeki Allah itu amat luas...Tidak semestinya orang yang berada di'bawah' akan kekal selamanya dan tidak semestinya orang yang berada di'atas' akan kekal selamanya....
Bak kata peribahasa masa ku belajar di sekolah (huhu..aplikasi nih ^^..terima kasih Cikgu BM)
"Tuah ayam nampak dikaki tapi tuah MANUSIA tak siapa tahu"
ALLAH itu tahu perjalanan hidup kita dan DIA yang berkuasa atas segala-galanya.....

Kepada semua sahabat2ku yang dah habis exam..


Tahniah!!



Sekarang kita akan melangkah ke fasa baru ^^..hehe...




Azam yang baru ku tanamkan untuk tahun akan datang...
Supaya diri ini sentiasa bermotivasi dan bermatlamat...



TERIMA KASIH kepada sahabat2 yang banyak memberi tunjuk ajar. mak abah yang banyak


support memberi nasihat dan motivasi untuk terus MAJU DAN MAJU..


kata2 nasihat abah dan mak akan
ku simpan dalam ingatan untuk TERUS AKU MELANGKAH DENGAN LEBIH JAUH LAGI AKAN DATANG..


.kepada sahabat2ku yang banyak menceriakan hidupku,..thanks a lot ya!! tanpa korang aku macam hidup segan mati tak mahu..haha... mcm kera sumbang..^^...


Terima kasih juge pada KAK NANA (kak buddyku) yang banyak bagi tips, past years,notes dan nasihat..hehe...

Kepada PENSYARAH2KU...terima kasih ilmu yang telah diberikan..akan ku aplikasikan untuk akan datang...


APE YANG KU PINTA;

hanyalah


"DOAKAN KEJAYAN KU DI DUNIA DAN AKHIRAT "





Sekian coretanku kali ini..(>_<)

Assalamualaikum..

-STUDY HARD, STUDY SMART-