Permata Luahanku

...ke mana arah dituju, ia bermula dengan usaha yg teguh dan kepercayaan yang tinggi setinggi bintang di langit yang mencerah di waktu malam yang gelap gelita...

Avenueimtiyaz's followers

Tuesday, June 14, 2011

~ Tuntutlah Ilmu Hingga ke Negeri China~

Assalamualaikum :)

Apa khabar? Dah lama betul tak jenguk blog kesayanganku ini.. Hehe.. Maklumlah cuti final sem yang panjang, kemalasan nak menaip kekunci lappy ^^ huhu..

Kalau tak post something menarik kat blog memang tak sah..ade je cite nak dikongsikan..

ok..bace tajuk pun dah kira nak bagitahu la ni..

Dimulakan dengan kalimah Basmalah, pada 3 Mei 2011, kaki ku telah menjejak bumi BEIJING, di China apabila kapal terbang Air China telah mendarat di BEIJING INTERNATIONAL AIRPORT pada pukul 6.30 pagi (lebih kurang la).



Keluar je dari kapal terbang, angin Beijing membelai mukaku dengan angin yang sejuk..uih, x sangka, macam panas, tapi angin sejuk giler (bagiku la, tapi Farhana kata "ok je, takdela sejuk sangat") hehe...
Dah habis lepas dengan kastam, aku dan teman2 lain terus meluru ke toilet..huuhu..faham2 je la...memang toilet takde kepala paip..itulah cubaan pertama kt tempat "oversea" ni..huhu..

OK..sekarang masuk perkara utama...1st day sampai, kami disambut tour guide di sana. Beliau dipanggil Mr David. Bahasa Inggeris masa beliau cakap memang sepatah haram aku dgn teman2 tak faham langsung..tapi dah lame2 tu barula faham sikit2..

Tempat pertama kami pergi ialah TIAN AN MIN SQUARE dan FORBIDDEN CITY. Nak cite lebih lanjut ke tempat ni?? Err,..tempat die yang pasti lawa gak..ade pokok2 bunga yang colourful sebelum masuk Tian An Min Square..Tempat ni luas..ada askar beruniform hijau yang tegak diri kt tepi pokok...jaga keselamatan kut..masa datang, memanglah ramainye manusia..semua orang kepala terteleng-teleng nengok kami orang Malaysia,.yela mane taknye orang yang pakai hijab adalah kami dalam tengah2 manusia yang ramai tu..huuhu..Alhamdulillah..ade juga orang CHINA yang sempat ambek gambar dengan kami..fuh..popular gamaknyer..terima kasih..!! Forbidden City pula, nak cakap, luas giler tempatnye..tiada pokok atau tumbuhan bile masuk..banyak bangunan yang ada bilik tempat gundik2 maharaja..kat sini bole sesatla kalau tak jumpa jalan kuar..jadi memang ktorang akan sentiasa bersama-sama..hehe..Lepas tu kami memang penat dan terus pergi lunch kat restoran Muslim..sedap makanannye..banyak sayur dan lauk..habis lunch, pergi solat kat Niujie Mosque...lepas solat pergi tengok Acrobatic Show..seronok hari pertama kat Beijing..sampai kat Hotel kami check in..dan berehat. Malam tu kami ada practice song untuk gimmik kat Great Wall esoknya..Huhu..








Hari Kedua,

Lepas breakfast, siap2 untuk 2nd day punye program..hari ni..kami akan membuat satu tugasan yang perlu dibereskan demi nama MALAYSIA dan UKM serta NEXTMIND PROGRAM..huhu..aku dan teman2 memakai baju kurung dan tradisional rakyat Malaysia..hehe..unik dan cantik bile semua orang pakai baju tradisional..1st place, kami pergi ke kilang membuat jed, lepas tu kilang kristal...2 tempat ni, aku adela beli something,,hehe..then, lunch and solat kat restoran..lepas tu terus pergi GREAT WALL..hehe..tempat ni la yang amat dinanti-nantikan..nervous2 semua orang..suhu sejuk sangat2..17 degrees celcius..sejuk!!!..wajib pakai winter coat...huhu..kt tempat lapang, kami membuat gimmik 1 Malaysia dengan tulisan calligraphy, Jawi, Tamil dan Chinese..sambil tu kami menyanyi lagu Rasa Sayang...demi MALAYSIA DAN UKM...!!
Memang menarik perhatian ramai pelancong dalam dan luar negara.. SYABAS!!
Selesai gimmik, aku dan teman2 menukar pakaian tshirt..ye la..nak naik tembok China takkan nak pakai kain plak..tergolek la nt...huhu..sambil naik tu,memang takut, tapi seronok..tak sangke dapat naik tempat THE WONDERS OF THE WORLD..Alhamdulillah..rezeki Allah beri padaku..Terima kasih Ya Allah...memang tak sangka sangat2...Abah kata.."Alhamdulillah, pergi ke China, dah dapat tuntutan hadis".."Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China"..1st time ke luar negara pergi China terus..
Lepas ni InsyaAllah..tuntutan yang wajib pula..Mnenunaikan Haji di Makkah pula...
Selepas menikmati keindahan di GREAT WALL, kami ke kilang ubat pula..obat2!! mari beli obat..hehe..2nd day memang sejuk sangat...after balek dari Great Wall hujan turun renyai2..



Hari ketiga,

3rd day, pergi kilang sutera,pergi SUMMER PALACE, tempat ni memang cantik sebab ada tasik yang sangat kuas..nak pergi istana tu kene naik sampan naga..tapi kene bayar..lepas tu kami pergi kilang mutiara..then, lunch and solat...next pergi Hard Rock Cafe...

Hari Keempat,

Kami ke Jewellery Shop, kalau nak tahu ni kedai orang Malaysia punye...kat sini dapat loket jed percuma..hehe..rezekei2 Alhamdulillah...Nama beliau ialah Mr Ling...Beliau banyak cerita pasal rakyat Beijing..apa yang boleh disimpulkan, orang kat China ni motivasi mereka adalah duit..hari2 stress nak cari duit...huhu..lepas tu kami pergi BIRD NEST, OLYMPIC..dapat urut kaki..hehe..seronok..^^..lepas tu lunch dan solat...lepas solat pergi kilang teh herba dan kilang sutera...akhir sekali kami pergi market beli belah souvenirs..haa..kat sini memang pening la..kasar sangat berniaga..nak letak harga yang tak masuk akal..kat Malaysia lagi murah dan baik peniaganya..memang takut la..kalau nak beli jangan sorang2..memang kene bawak geng..hehe...

Hari Terakhir,

Huhu..sedihnyer, hari last nak kene check out 9 pagi...huuhu...
sebelum ke airport kami pergi market dulu, lunch..dah sampai airport dan check kastam kami solat kat ruang lapang..kat sana mana ade bilik solat,..jadi solat la kt tempat lapang..mase doa, air mata aku tiba2 mengalir..laju pulak tu..tak tahu la..sedih sangat dan bercampur terharu.. agama Allah memang sangat ideal dan syumul..solat itu adalah penting dan wajib..kat mane2 pun kita boleh solat..walau di angkasa pun...aku sangat bersyukur kerana Allah beri kesempatan padaku dan teman2 yang lain menimba ilmu dan pengalaman di bumi yang sangat asing ini..tapi agama Allah tidak asing walaupun kita berada di tempat yang asing bagi kita..Subhanallah..

Kapal terbang AIR CHINA naik di udara pada pukul 5 petang di BEIJING dan sampai di MALAYSIA pada pukul 11 malam..Alhamdulillah, segalanya selamat dengan izin Allah...

Sekian sahaja coretan yang amat bermakna ini..nak tengok gambar ada kat fb..hehe..terima kasih..

p/s: hmm..dah sebulan..rindu sejuk BEIJING..hehe..