Permata Luahanku

...ke mana arah dituju, ia bermula dengan usaha yg teguh dan kepercayaan yang tinggi setinggi bintang di langit yang mencerah di waktu malam yang gelap gelita...

Avenueimtiyaz's followers

Monday, July 22, 2013

Doa di bulan Ramadan al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, dapat juga jari-jemari ini mengetuk kekunci laptop.. :)

Sebelum ni, sangat sibuk menghabiskan viva dan jilid tesis. Setelah 4 tahun bergelumang dengan buku-buku, journal, assignment dan sebagainya, akhirnya semuanya telah berakhir bersama kolonians.
Masing-masing membawa haluan sendiri dan diri sendiri perlu menjadi lebih matang dan dewasa untuk menentukan hidup pada masa hadapan.

So, it's really sad after 4 years together in uni life. Rasa macam tak percaya dah habis belajar dan berkejar untuk mencari kerja kosong. Cakap pasal topik cari kerja, memang dah tahu, persaingan sangat sengit dan kehidupan di luar sana sangat kejam!!  Yes! kene ada tanda seru!!

Oleh itu, untuk menutup kegusaran dan kerisauan yang melanda, Abah pesan lepas solat jangan lupa amalkan amalan sunat dan doa serta amalan surah-surah seperti Yasin, al-Waqiah dan ar-Rahman.  Dan yang paling baik, kita sekarang berada dalam bulan suci iaitu Ramadan. Jadi perlu banyak-banyak berdoa supaya dikurniakan rezeki dari mana-mana sumber. InsyaAllah.

USAHA juga penting. Seperti isi mana-mana borang kerja kosong, dapat interview..doa, supaya sesi interview dipermudahkan. Dan perlu berlatih. InsyaAllah. Ya Allah permudahkanlah hambaMu ini.

Sekarang bila dah habis, fikir nak cari duit untuk sara hidup diri sendiri, umur macam ni sepatutnya dah ada duit sendiri. Huhu. Perlu USAHA, DOA dan TAWAKAL. Minta orang lain juga doakan. Semoga doa daripada mereka dapat menguatkan lagi doa dan InsyaAllah semoga dimakbulkan.

Solat sunat Hajat, Solat sunat Dhuha..semoga Allah memberi pertolongan kepada kita. Amin.

Baiklah sampai di sini sahaja, doakan supaya Imti mendapat rezeki (pekerjaan) dan pertolongan daripada Allah melalui sumber-sumber yang diperkenankan serta dapat grab peluang yang ada. Sama-sama doakan kejayaan kita bersama. InsyaALLAH. :)

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfitri :) <3 <3

p/s: Rindu sesangat kat kawan2 kolonians. Seriously :(

Friday, May 3, 2013

Assalamualaikum w.b.t :)

Lama sangat dah tak update blog. Masa sangat suntuk dan tak mengizinkan. Semua pulun buat projek tahun akhir termasuklah diriku :)

Alhamdulillah dapat pulang ke rumah sebentar walaupun dalam hati kerisauan sebab test ada yg tak siap lagi. huhu. Nak pulang semula ke kolej hari ahad tp sudah penuh -_-" huhu. Terpaksa balik semula hari Isnin pepagi. Semoga dipermudahkan urusan. Nak habiskan test before pergi Sympo. Hopefully :) InsyaAllah.

Bila terkenang 3 tahun yg lepas, banyak kenangan manis, campur pahit, masin, masam :) dengan sahabat-sahabat coursemate. Then, lg tak sampai 2 bulan dah nak habis pengajian. Unbelievable! Tiba-tiba rasa sedih :( dah nak habiskan zaman study yg best ni. Keje nanti tak dapat nak hangout ramai2 :(
Mungkin dah tak akan jumpa dan susah nak jumpa. Kalau senegeri tak dapat nak jumpa, apa lagi yg negeri lain2, yg jauh2 nu. huhu. Will miss sahabat2 semua, juga my dear lecturers :))

Walau apa pun, fyp perlu dihabiskan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. Cuak ada plak nih. Nak interview kerja lagi. huhu. Semoga rezeki menyebelahi InsyaAllah. Bacalah surah al-Waqiah :)

Baiklah, di sini sahaja coretan kali ini, selepas ini, kalau sempat akan di update lg di lain masa, InsyaAllah :)

Selamat mengundi :)
Assalamualaikum w.b.t




Sunday, March 3, 2013

-Walau apapun USAHA dan DOA itu penting-

Assalamualaikum w.b.t


Baru je buat list subjek sem ini dan buat target serta strategi untuk tingkatkan lagi result. 
Penting ke semua ni??? 

Bagi yg nak sangat improve, jawapan saya adalah penting juga.

Selain itu, kene selalu DOA dipermudahkan urusan. InsyaAllah. 

BUT...

Kadang-kala apa yg kita usahakan dan doakan mungkin menjadi kenyataan, kadang-kala tidak menjadi kenyataan. Ada juga yg Allah sering kabulkan permintaan mereka. Hmm, sebenarnya, semua ni di tangan dan kuasa Allah. Kita sebagai hamba...PERLU dan SANGAT2 PERLU REDHA dan BERSANGKA BAIK dgn Allah. 

Beruntung kan hamba2 Allah yg dapat apa yg mereka nak. :) 
Org yg sedih dan gagal juga beruntung sbb mereka ada pengalaman gagal. Kalau x gagal pun dapat rendah daripada yg cemerlang pun x apa. Perlu bersyukur dan ingat HR Muslim:

"Lihatlah orang yg lebih bawah daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah."
HR Muslim

senyum dan ucap Alhamdulillah syukur :) Semoga apa yg sedikit ini mungkin CERAH dan MUDAH bg kita. INSYAALLAH.

-Semoga Istiqamah-


Friday, February 15, 2013

SEDIH AMAT :'(

Ya Allah...

makin menurun..apa yg diharapkan diusahakan dan doa tak tercapai impian dan tidak termakbul..mungkin UJIAN untukku...sgt berat bagiku Ya Allah..GEMBIRA bg mereka yg dapat terbaik..

TAHNIAH bagi mereka yg dapat result yg baik dan cemerlang..

hanya kata-kata ini sahaja peneman bagiku untuk memotivasikan diriku..

"Lihatlah orang yg lebih bawah daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah."
HR Muslim

Wahai diri, JANGAN CEPAT MENGALAH!!! Bangkit dan buat yg terbaik untuk sem terakhir. BUAT LANGKAH SAUJANA!!

CHECK semula apa yg buat kamu TERSUNGKUR dengan begitu jauh dan terok sekali!!

-Jaga solat dan tinggalkan perkara yg lagha!!
-Sentiasa zikir dan berselawat serta banyakkan perkara sunat
-Kuatkan ingatan dengan sentiasa mengulangkaji

Ya Allah, semoga sem baru ini dapat merubah keputusan dengan cemerlang. Amin..



Monday, January 28, 2013

|| tanggunjawab ||

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,  dapat pulang ke kg setelah sekian lama disebabkan perlu fokus kpd FYP.

Pulang sebentar dan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai anak sulung dalam adik-beradik.

My parents are away for the 1st time. Means, they are away for their holiday in Medan with my father's colleagues and also their wife.

Haha and huhu i've to take care of my siblings.

Cooking, do chores, washing clothes and going to market in the morning.

Hehe..i like cooking now. ^^.. and i'm statisfied when my siblings said "emm..sedap2" :D Alhamdulillah.

Mereka tak lapar bila mak tak ada. Masak je apa2, janji sedap. Hihi.

Balek cuti ni dapat rehat sedikit. Berbual dgn adik2. Kemas rumah sama2. So, kerjasama itu mmg perlu ada.    

Imti ada bawa pulang Hamster sepasang. Kunang dan Pak Tam dapat menarik perhatian adik2. Setiap masa nak tgk apa yg dua ekor ni buat. Dia tidur ke, makan ke, exercise ke, gigit ke. Hehe. Semua yg 2 ekor ni buat, mmg rasa 'curiosity' yg tinggi dan dapat hiburkan hati kami. Harap adik2 dapat jaga Kunang dan Pak Tam dengan baik.

Eh! Maaf, sekejap taip BI sekejap BM. hihi..takpe. semua faham. :p
Imti taip ikut apa yg ada dalam kepala ni..HUHU. Maaf!!

Baik, cuti raya Cina nak balek lg. Harap dapat luang masa yg banyak lg dengan mak dan abah serta adik2.


Salam jumpa lg ya.

Assalamualaikum w.b.t ^^..

Wednesday, November 14, 2012

-HIDUPKU-

Assalamualaikum w.b.t

Lately ni agak serabut..Erk...bukan lately ni je..before ni pun sama ja...Sibuk memanjang...hewhew..
Allah..Allah..Jangan lupa belajar mencari ilmu ini adalah Fisabilillah... jangan rasa beban ye.. (Peringatan pada diri)
Kadang2 kita nak lari daripada fikiran yang serabut dengan menghiburkan hati dan menyendiri..Tak salah, tetapi kalau terlebih 'lagha' kita akan tertinggal tanggungjawab yang perlu kita lakukan..Allah...kadang2 rasa macam tu..tapi bila tarbiyah diri.Alhamdulillah, kesedaran datang kembali...biasalah, teknologi sekarang...bila salah guna kita akan leka..so, kita mesti sentiasa ingat dan ingat tanggungjawab kita..

Bersyukur sangat bila balek rumah sekejap..sebab apa? Dapat tazkirah daripada Ayahanda, baca Hadith dan ingat-mengingati sesama ahli keluarga...(InsyaAllah, akan diteruskan kpd generasi akan dtg ^^)..sekali kene buat tazkirah..Allah...baru terasa kerdil diri ini..kene cari ilmu lagi ni untuk hal agama...cara2 untuk menyampaikan tazkirah..Kita kene bercakap perkara yang baik untuk tingkatkan amalan dan memperbaiki diri...Lama dah tinggal usrah...huhu..tp itu tidak menjadi halangan...kita sendiri kene usaha untuk cari ilmu itu dan ilmu agama adalah ilmu untuk selamanya kita hidup di bumi ini...setiap hari kene ingat Allah, cari ilmu melalui apa sahaja bentuk..teknologi zaman sekarang canggih bukan..InsyaAllah..Allah akan tolong jika niat kita baik..^^...

Emm, abah kata..biasala, zaman muda ni macam2 dugaannya...Haaa..faham2 jela...lagi la bila dah nak abes final year ni kan..huhu...sekejap tgk kat timeline sahabat2, group sekolah lama ada yg dah tunang, kahwin, dapat baby..Alhamdulillah...I'm very happy for them...bg Imti, jodoh, rezeki itu di tangan Allah...aturan Allah itu ada hikmahnya sesuai dengan kehidupan hambaNya...Bagi sahabat2 termasuk Imti, semoga dikurniakan jodoh yang soleh/solehah dan melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa...Seperti daripada bingkisan Prof Muhaya di IKIM, kata beliau doalah selalu, tulis selalu ciri2 yang anda kehendaki..^^..Dr Fadzilah Kamsah juga berkata, niatkan di hati kita semasa keluar rumah untuk dipertemukan dengan jodoh kita..sahabat2 bole cuba saranan daripada tokoh2 hebat ini....^^.

Bile tgk sahabat yg sudah memasuki 'fasa' baru, barulah terasa lain..rupa2nya, dah lama Imti tinggalkan zaman sekolah, zaman matrik...huhu...Ok, sekarang ni kene rancang..habiskan yang ada dengan sebaik-baiknya dan rancang perkara yang akan datang pula...

Niat hati nak ke tempat yang dapat memberi ketenangan hati, jiwa dan diri...InsyaAllah...semoga niat ini menjadi kenyataan dan perlu usaha untuk capai niat ini...Semoga dimakbulkan...


"Selalu tarbiyah diri..Ingat ALLAH tika senang dan susah"

Sunday, September 9, 2012

Dia boleh, kenape aku tak boleh dapat??

Assalamualaikum w.b.t  :)

LI dah lepas, cuti 3 minggu raya dah lepas, now ni nak masuk tahun baru, sem baru dan paling penting azam baru untuk final year!!! Allahuakbar! dah nak habis rupanya..kalau boleh nak ulang balek tahun2 sebelumnya...nak buat betul2..nak dapatkan keputusan yang baik..mestilah nak A+, A, or A- semua...tapi bagi Imti, dah buat yang terbaik and...result yang x berapa nak memuaskan, but bersyukur dengan yang sedikit, terima dengan hati terbuka walaupun itu amat menyedihkan kamu...keputusan baru2 ni pun agak tergelincir daripada sem terdahulu..memang amat sedih and sedih nk bagitahu parents...but, say Alhamdulillah..it will calm u down...mungkin ada mana2 silap, mungkin silap kita, ataupun apa2 sahaja faktor yang buatkan keputusan kita jatuh..Lagi pula, kalau dengar ade yang dapat A banyak, DEKAN! fuh..yang tu Allah sahajalah yang tahu isi hati ni...sabar2...mungkin takde rezeki kamu..tp bila difikir balek...DIA BOLEH DAPAT, KENAPE AKU TAK BOLEH DAPAT? ...rezeki masing2 kan...terpulang pada Allah nak bagi dia berapa...dah usaha, doa, dan tawakal...
Jujur Imti katakan...amat2 sedih..tp dah tak boleh nak buat apa2..barang lepas jangan dikenang...cewah! hehe..

So, relax, ceria-ceriakan diri wahai insan yang sedang fisabilillah... nak cari ilmu memang banyak dugaan...ade masa kita dapat yang baik, cemerlang, ade masa kita akan jatuh tersungkur..bangun perlahan-lahan, walau dimulakan dengan merangkak sekalipun, dan boleh juga nak bangun dengan berlari-lari..tak kesahlah...asal kita dapat buat yang baik lagi...future sendiri kan? takkan kita tak nak buat terbaik? betul tak??

Apa2 pun..TAHNIAH bagi sahabat2 Imti yang dapat result baik, dan yang tak seberapa tu, kita buat lagi yang terbaik untuk FINAL YEAR ni...the last chance bagi kite taw... huhu..

Hmm...kat dunia, banyak peluang nak buat yang terbaik, tp kalau kat akhirat?? huhu...banyak juga amalan Imti yang kurang ni...so, top-up lagi amalan agama kite ye...kite nak bawak tu kat kampung kite yang kekal sana.. :)

ok...selamat memulakan sem baru :)

Assalamualaikum w.b.t


p/s: sayang Kolonians Biomed :)