Permata Luahanku

...ke mana arah dituju, ia bermula dengan usaha yg teguh dan kepercayaan yang tinggi setinggi bintang di langit yang mencerah di waktu malam yang gelap gelita...

Avenueimtiyaz's followers

Monday, July 22, 2013

Doa di bulan Ramadan al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, dapat juga jari-jemari ini mengetuk kekunci laptop.. :)

Sebelum ni, sangat sibuk menghabiskan viva dan jilid tesis. Setelah 4 tahun bergelumang dengan buku-buku, journal, assignment dan sebagainya, akhirnya semuanya telah berakhir bersama kolonians.
Masing-masing membawa haluan sendiri dan diri sendiri perlu menjadi lebih matang dan dewasa untuk menentukan hidup pada masa hadapan.

So, it's really sad after 4 years together in uni life. Rasa macam tak percaya dah habis belajar dan berkejar untuk mencari kerja kosong. Cakap pasal topik cari kerja, memang dah tahu, persaingan sangat sengit dan kehidupan di luar sana sangat kejam!!  Yes! kene ada tanda seru!!

Oleh itu, untuk menutup kegusaran dan kerisauan yang melanda, Abah pesan lepas solat jangan lupa amalkan amalan sunat dan doa serta amalan surah-surah seperti Yasin, al-Waqiah dan ar-Rahman.  Dan yang paling baik, kita sekarang berada dalam bulan suci iaitu Ramadan. Jadi perlu banyak-banyak berdoa supaya dikurniakan rezeki dari mana-mana sumber. InsyaAllah.

USAHA juga penting. Seperti isi mana-mana borang kerja kosong, dapat interview..doa, supaya sesi interview dipermudahkan. Dan perlu berlatih. InsyaAllah. Ya Allah permudahkanlah hambaMu ini.

Sekarang bila dah habis, fikir nak cari duit untuk sara hidup diri sendiri, umur macam ni sepatutnya dah ada duit sendiri. Huhu. Perlu USAHA, DOA dan TAWAKAL. Minta orang lain juga doakan. Semoga doa daripada mereka dapat menguatkan lagi doa dan InsyaAllah semoga dimakbulkan.

Solat sunat Hajat, Solat sunat Dhuha..semoga Allah memberi pertolongan kepada kita. Amin.

Baiklah sampai di sini sahaja, doakan supaya Imti mendapat rezeki (pekerjaan) dan pertolongan daripada Allah melalui sumber-sumber yang diperkenankan serta dapat grab peluang yang ada. Sama-sama doakan kejayaan kita bersama. InsyaALLAH. :)

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfitri :) <3 <3

p/s: Rindu sesangat kat kawan2 kolonians. Seriously :(

No comments:

Post a Comment