Permata Luahanku

...ke mana arah dituju, ia bermula dengan usaha yg teguh dan kepercayaan yang tinggi setinggi bintang di langit yang mencerah di waktu malam yang gelap gelita...

Avenueimtiyaz's followers

Friday, February 18, 2011

Hobiku...

Assalamualaikum,

Apa khabar? 
AI telah habis membaca novel terbaru setelah sekian lama tidak membeli. Akulah Ciderella. Itulah tajuk novel yang hanya memerlukan sehari sahaja untuk menghabiskannya. Buku novel ini nipis dan cepat habis. Kalau tebal pun banyak pula konfliknya dalam cerita. Saja untuk rileks kepala otak membaca bahan yang ringan. Terasa rindu pada zaman remaja membaca novel berbagai-bagai jenis genre. Tidak dinafikan hasil pembacaan novel meluaskan pengetahuan aku. Tentang bagaimana cara novelis mewujudkan sesuatu konflik, meluahkan fakta yang benar dan tentang pergaulan.



Membaca memang minatku sejak di bangku sekolah terutama novel. Sekiranya aku bosan dengan novel, aku akan membaca bahan genre lain iaitu buku motivasi agama, novel islamik dan kadang-kadang jenis fiksyen serta thriller. Di hatiku teringin untuk menulis sebuah novel. Namun hanya sekerat jalan kerana aku cepat kehilangan idea dan terhalang disebabkan perkara lain yang lebih penting.

Aku harap suatu hari nanti aku akan menulis sebuah novel dengan serius. Novel yang mempunyai asas nilai-nilai murni, Islamik dan kasih sayang.

~Masa itu emas~
Avenueimtiyaz (AI)

4 comments: